Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, January 18, 2016

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 14







“Semua persiapan dah siap?” Raihan bertanya sambil tangannya membelek bunga telur yang masih kosong belum diisi. 

“Hampir siap sepenuhnya.” Jawabku ringkas. Mata masih di skrin telefon bimbitku menaip mesej sejak dari tadi.

“Kau okey tak ni? Lain macam aje aku tengok. Jangan nak buat hal Dani.” Raihan meletakkan bunga telur tadi ke dalam kotak. Dia membetulkan duduknya untuk menghadap aku.

Aku juga meletakkan telefon bimbit ke atas sofa. Keluhan panjang terdengar dari mulutku. “Entahlah Raihan..ayah masih tak nak datang majlis aku nanti. Dah banyak kali Along pujuk pun macam tu jugaklah orang tua tu.”

Aku bersandar ke belakang. Makin hampir tarikh untuk disatukan, makin kusut keadaan jadinya. Vickness pun agak sibuk kebelakangan ini jarang dapat bersua muka. Jangan dia tak datang pada tarikh perkahwinan nanti sudahlah.

“Kau jelah pergi balik kampung pujuk sendiri.” Raihan memberi cadangan.

“Aku?” Aku membesarkan mata.

“Aah..” Raihan mengangguk. “Aku boleh temankan kau. Kita balik minggu ni.”

Aku menggeleng lemah. “Tak usahlah berharap. Kalau Along pun tak mampu pujuk dia, aku ni apakan lagi. Anak yang dah dibuang kan?”

“Cubalah dulu.” Raihan masih memberikan keyakinan.

“Nak cakap putus asa tu tak tahulah aku nak kata. Tapi aku memang dah tak kuasa. Mungkin kali ini Along sahaja walikan aku.” Aku bingkas bangun apabila pintu luar diketuk.

“Sayang, come...” Vickness rupanya yang tercegat di luar pintu.

“Kemana?” Jawabku dengan berkaki ayam tidak sempat menyarungkan selipar.

Namun Vickness terus menarik tanganku ke luar rumah. Aku terpegun melihat dekorasi yang ringkas namun mendamaikan. Kolam ikan di bahagian tepi telah dipasangkan lampu-lampu tanglung berwarna biru. Malah setiap pokok dililit juga dengan lampu kecil berwarna biru. 

“See...bulan berwarna biru untuk you. Tapi tak boleh dipegang.” Vickness tersenyum dan menarik aku duduk ditepi kolam sambil melihat bulan mengambang penuh dari biasan air. 

“Ye..ia biru.” Kataku perlahan. Aku menjenguk lagi kedalam kolam melihat kesan cahaya dari biasan air. Bulan mengambang penuh dan cantik. 

“Kalau  agama menjadi penghalang, kini aku sudah mampu menjadi imammu..kalau cinta menjadi ukuran, akan kucurah selagi mampuku..kalau nyawa menjadi sempadan, biarlah syurga menjadi taruhan..I akan sayang you sampai jannah..” Vickness mengeluarkan sekuntum tulip biru dari belakangnya. 

Aku tergelak kecil kerana kedengaran pelik sebutan jannah yang disebut Vickness.

“Tulip?” Soalku spontan.

“Tulip biru melambangkan perdamaian dan ketenangan.” Ujar Vickness lagi.

“Ohh..” Aku tersenyum. 

“Sekejap.” Belum sempat aku menjawab Vickness kebelakang untuk mengambil sesuatu.

Terdengar petikan gitar dari kegelapan laman belakang. Sehingga Vickness muncul dalam samar cahaya menyanyikan lagu yang sudah sangat lama tidak menyapa pendengaranku...


Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar menggilap mata yang lama kabur
Derita diperlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita
Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa
Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai di belantara sepi
Merayu pada Yang Maha Esa
Agar dikurnia
Cahaya cinta kekal selama...
Ku sepi...


Menggigil sedikit tanganku kerana angin malam yang agak kuat. Namun bulu romaku naik kerana suara Vickness. Malah kerana lagu ‘berhantu’ itu. 

“Bila Bulan Berwarna Biru.” Ucapku perlahan. Lagu dendangan penyanyi asal Arab & Aidit ini sangat ‘berhantu’ pada awal perkenalan kami. Tidak kira di dalam bas, di kedai makan, dimana sahaja ia diputarkan. Namun kini ia sepi tanpa populariti lagi. Sesepi cinta kami yang terkubur ditengah jalan.

I harap you terima I seadanya Adani.” Vickness menarik lembut tanganku untuk bangun. 

“Insyaallah Vick. Thanks for everything. Terima kasih sebab tak pernah putus asa dengan I.” Ucapku sebak. 

“Wowy...Thea dah rakam D nyanyi!” Tiba-tiba suara Althea memecah keheningan malam.

Kelihatan Raihan dan Althea tersengih menghampiri kami. 

Sorry guys! Thea nak aku rakam tadi. Sebab Vick dah bagitau Thea pasal malam ni.” Raihan tersenyum serba salah.

“Ohhh..D berpakat dengan Thea la ye?” Aku memeluk Althea.

“Taklah mama. Thea kena tolong rakam je D suruh.” Althea ketawa menekup mulut.

Hope korang berbaiklah ye. Dah nak kahwin ni jangan kerap gaduh-gaduh.” Raihan memberikan nasihat.

“Macamlah dah ada pengalaman.” Aku mencebikkan bibir.

“Ok boss. I memang tak suka bergaduh. Tapi you know Dani la kan?” Vickness mencuit hidungku. 

“Eh! I pulak yang salah ye?” Aku menepis tangannya.

“Haa baru aje aku pesan korang dah gaduh-gaduh.” Raihan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Itu bukan bergaduh la Cik. Itu kan gurau.” Althea menyampuk.

“Eeeee...pandainya Thea!” Raihan mendukung dan mencium bertubi-tubi pipi Althea.

“Jangan cium kuat-kuat Cik. Sakitlah..nanti Thea gaduh dengan Cik.” 

Semua ketawa kelucuan melihat gelagat Althea yang semakin petah berkata-kata. Dia makin membesar setiap hari ada sahaja benda baru yang dipelajarinya. 

“Vick, jangan lupa tutup semua lampu kat pokok tu. Sebab bil elektrik sampai kat rumah ni ye. Bukan rumah you.”

Vickness hanya menjelirkan lidahnya saat aku dan Raihan menoleh sebelum berlalu masuk ke dalam rumah kerana hari telah larut malam.....

No comments: