Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, January 18, 2016

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 15








“Hebat betul Vick kan?” Raihan menggenggam tanganku yang masih sejuk. 

Aku terdiam sahaja. Tidak pasti kehebatan yang dimaksudkan itu kerana Vickness berjaya dengan sekali lafaz sahaja atau kerana dia boleh berpeluk-pelukan mesra dengan ayah. Vickness yang baru selesai menunaikan solat sunat dua rakaat telah pun bersalam-salaman dengan para tetamu lelaki yang hadir pada malam ini. Aku masih rasa terkejut dengan kehadiran ayah yang menikahkan aku. Malah orang tua itu tersenyum seakan gembira meraikan majlis penikahan sebentar tadi. Biar betul? Bukan ayah benci Vickness ke?

“Adani, ramai nak bergambar tu.” Kak long datang mendapatkan aku.

“Senyum sikit.” Raihan mengingatkan.

Aku cuba tersenyum walaupun dalam hati yang tadinya gemuruh kini bersarang dengan pelbagai kemusykilan. Aku merapati Vickness dan bergambar dengan kaum keluarga yang menunggu. Selesai melayani mereka, kami menuju ke balai yang tersedia untuk menjamu selera.

“Esok ada tetamu istimewa sayang.” Vickness berbisik di telingaku. 

“Oh ye? Siapa?” Soalku sambil sesekali melambai kepada kawan-kawan yang baru hadir.

Pernikahan kami diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan sahabat terdekat. Esok akan berlangsung majlis persandingan yang bakal dipenuhi dengan lebih ramai kenalan. Aku bersyukur semuanya telah selesai. Kini kami sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah...

Family I datang esok.” Vickness tersenyum gembira. Naik seri pengantinnya mengalahkan seri aku.

Aku terkejut. “You said mereka kat UK?”

“Mereka dah balik hari ini tapi masih letih. Esok semua datang.” Ujar Vickness.

Aku mengangguk faham. Namun di dalam hati agak berdebar-debar untuk diperkenalkan dengan keluarga mertuaku. Vickness sangat jarang bercerita hal keluarga. Malah aku juga berat mulut untuk bertanya. 

Semasa menjamu selera para tetamu dihidangkan juga dengan halwa telinga menerusi persembahan ghazal, keroncong dan akhir sekali kuda kepang. Semuanya diatur oleh Along dan isterinya buat kami. 

Kelihatan dari jauh ayah seronok berbual dengan saudara-mara. Langsung hilang riak benci yang selama ini ditonjolkan olehnya kepadaku. Ikutkan hati memang aku ingin mendapatkan penjelasan daripada Along tetapi macam kurang sopan pula pengantin menyibuk nak bercerita bagai. Jadi aku pendamkan saja niat itu dan cuba menikmati suasana indah malam ini.

“Sayang nampak risau kenapa?” Vickness seakan perasan sejak dari tadi yang aku kurang fokus.

“Eh, biasa ajelah.” Pintasku spontan.

“Ada yang tak kena ke?” Vickness memandangku penuh tanda tanya. Mungkin dia turut terganggu dengan reaksi yang aku pamirkan.

“Risau nak jumpa mertua esok?” Vickness mengelus lembut jari jemariku.

Aku pantas menggeleng. “Itu soal kedua. I terfikir macam mana ayah...”

Belum sempat aku menghabiskan ayat tiba-tiba ayah berdiri dihadapan kami.

“Dani, ayah balik ke rumah Along dulu lah ye. Ayah tak berapa sihat sangat ni. Esok ayah datang awal ke majlis kamu.” Ucap ayah seperti tidak pernah berlaku persengketaan antara kami.

“Oh..okey.” Itu sahaja yang mampu aku tuturkan saat ini.

Ayah menghulur tangannya untuk aku bersalaman. Aku sambut dengan penuh tanda tanya. Namun di dalam hati aku bersyukur ayah datang mewalikan aku dan seakan merestui perkahwinan ini.

“Vick, ayah balik dulu. Orang tua cepat letih, cepat mengantuk.” 

Vickness juga bersalaman dengan ayah. Sopan menantu baru ayah ni, desis hatiku.

“Ini yang sayang nak kan? Happy tak?” Vickness menatap mata aku penuh kasih. 

Aku mengangguk dan tersenyum tawar. “Betul..dah lama I nak macam ni Vick. Tapi macam mana ayah boleh secepat ni berubah?” 

You ni kan..sabarlah sikit. Nanti kita cerita panjang-panjang okey wife?” Vickness cuba menceriakan suasana.

Aku tersenyum. Rasa ringan sedikit bebanan perasaan yang dialami. “Okey, kalau tak cerita you tidur luar malam ni.”

“Tengok tu. Baru berapa jam jadi wife dah nak kumpul dosa ye?” Vickness memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

Aku hampir saja terlepas gelak besar. “Main ugut-ugut pulak!”

“Eh esok you jemput Salwa tak?” Melencong pula soalan suamiku itu.

“Ya Allah, dah kalut-kalut macam mana kawan baik I boleh terlupa.” Aku menepuk dahi. Serius aku tak terfikir langsung. Lama dah aku tidak menghubungi dia sejak aku pindah duduk dirumah Vickness dan pindah semula ke rumah sendiri sehingga ke hari perkahwinan ini.

Good! Biar dia tahu kita suami isteri sejak dari dulu. Fuh..Lega I.” Vickness mengurut dadanya. Pakaian baju melayu teluk belanga berwarna kuning air yang dipakainya membuatkan dia nampak berbeza. Memang sebiji macam melayu tulen.

“Kesitu pulak you ni.” Aku merengus geram. Rasa bersalah juga tidak menjemput dan memberitahu Salwa berkaitan perkahwinan kami.

Malam itu berlalu dengan pantas. Majlis kami pun diadakan secara sederhana sahaja. Althea seronok bermain dengan sepupunya tanpa menghiraukan aku. Tetapi Althea faham yang D adalah sebahagian dari hidup kami sekarang. Kami berangkat pulang setelah semuanya selesai kerana keesokannya ada majlis yang lebih besar menanti dan memerlukan tenaga yang lebih lagi.
 
Jumpa esok...

5 comments:

eifa said...

Bila nak sambung lagi ye? Siapa yang ada dalam kereta tu?

Shizukaz Sue said...

eifa: insyaallah ye ada masa saya sambung lagi :) haaa kena tunggu dan baca sampai habis baru tau siapa..rasanya mungkin kurang dari 10 bab akan tamat..terima kasih kerana mengikuti kisah ini

Anonymous said...

Lepas ni, boleh lh launch novel. πŸ‘πŸ‘πŸ‘ terbaik laa Puan Sue.

Unknown said...

Kak bila nak sambung best la cerita ni

Anonymous said...

Bila nak sambung ni..